ATTENTION!!!
I'VE MOVED TO syarifahzulikha.blogspot.com & syarifahzulikha2.blogspot.com.
See you there!!!
Bye!!!
Saturday, May 16, 2009
Thursday, May 14, 2009
JADI, TIDAK MENGAPALAH
Terkadang, saya merasakan, hidup ini tidak bermakna dan hanya sia-sia bagi manusia yang bergelar saya. Tetapi, bila saya mengingati-Nya, semangat kian mencurah-curah dalam diri saya.
Bila saya melihat orang-orang lain dicium ibu, dipimpin ibu, dicium ayah, dipimpin ayah atau sebagainya, saya terasa sikit cemburu. Ya, saya memang mempunyai kedua-duanya kerana kedua-duanya masih bernyawa di bumi ini. Tetapi, saya bagai anak yatim piatu kerana saya tidak dibesarkan oleh mereka. Ya, tidak pernah.
Ada satu ketika, di mana saya bersedih dan mahu ke Gombak untuk bersama-sama ibu, adik lelaki saya memaklumkan kepada nenek yang juga penjaga saya, saya mahu bersama-sama ibu. Mengetahui hal itu, nenek saya menjadi sedih dan marah kerana saya seolah-olah tidak menghargai kasih sayang yang dicurahkannya selama ini.
Tentang ayah pula, saya lebih membencinya daripada menyayanginya, tetapi kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya, mustahil pudar dalam diri saya. Tetapi, saya sangat kecewa dengan ayah yang selama ini mengabaikan tanggungjawabnya.
Adakalanya, saya terfikir, biarlah ayah mati sebelum saya berkahwin. Mengapa? Kerana dengan itu, tidak perlulah ayah bersusah payah menjadi wali saya. Ya, biarkan saja datuk atau ayah-ayah saudara saya yang menggantikannya.
Terkadang, saya ada terfikir, tidak perlulah menyesali apa-apa yang telah atau akan terjadi kerana itu adalah hak-Nya yang batil. Segala-galanya telah ditentukan.
Jadi, tidak mengapalah.

Wednesday, May 13, 2009
ADUH, YA ALLAH
Aduh Ya Allah, banyaknya beban yang terpaksa dipikul pada tahun ini.
Kerja sekolah, kerja khusus, ujian lisan, kelas violin, tuisyen, bengkel itu, bengkel ini, khusus itu, khusus ini, program itu, program ini. Aduh, beratnya!
Setiap kali mengingati tentang kehidupan saya, pasti saya mahu menangis sepuas-puasnya, tetapi bagi saya, menangis seorang diri tidak terkesan berbanding menangis di sejadah, mengadap-Nya.
Sudahlah budak-budak dalam kelas saya, Tiga Amanah pandai-pandai belaka, jadi malulah saya kalau gagal bersaing dengan mereka. Tentu saya akan dipulau! Nauzubillahhiminzalik.
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar pula sangat cerewet. Kalau setakat mengamarankan kepada saya agar jangan memakai kanta lekap, cukuplah. Ini bercerita pada cikgu ini, cikgu itu yang saya ini datang sekolah, mahu bergaya fizikal saja.
Apa-apa pun, sesibuk mana pun, saya tidak akan pernah berhenti menulis dan mengarang agar nama saya tidak tenggelam.
Ya Allah, berikanlah aku semangat yang waja!

Tuesday, May 12, 2009
JAMAL ABDILLAH DAN MANTAN ISTERI BERZINA
Hari ini saya baca tajuk muka depan akhbar Metro yang berbunyi, 'Pengakuan Jamal'.
Ya, saya agak terkejut sebab dia mengaku pernah melakukan hubungan kelamin dengan isterinya selepas dua hari melafazkan cerai dua tahun lalu, tetapi tidak berniat untuk rujuk semula.
Aduhai, Jamal Abdillah. Kenapalah kau tidak cakap saja, kau berzina dengan mantan isteri kau? Bukankah itu lebih baik?
Memang niatnya untuk menyatukan kembali keluarganya sangat murni. Tetapi, sungguh pun dia mahu rujuk kembali dengan mantan isterinya, rujuklah dulu. Tentang hubungan kelamin, lakukanlah kemudian.
Agaknya, beginikah kalau seseorang sudah bergelar selebriti?

Subscribe to:
Posts (Atom)